Sekiranya Aku Menjadi Detektif

ebook

By Noorfadzillah Omar

cover image of Sekiranya Aku Menjadi Detektif

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Cuti sekolah bermula. Aida dan tiga sahabatnya merancang dan bersetuju pulang ke kampung keluarga Aida di Kampung Uda, Pahang. Mereka berempat tidak sabar mahu menikmati suasana di kampung. Pelbagai rancangan telah mereka atur.

Puan Hanim tidak percaya dengan akal Aida dan tiga sahabatnya itu tanpa melakukan aktiviti di luar jangkaannya. Meskipun Aisha, kakak Aida menolak keras untuk menyertai mereka pulang ke kampung, Encik Jamil dan Puan Hanim memberi kata muktamad tanpa mendengar alasan Aisha lagi.

Tibanya mereka di kampung, mereka dikejutkan dengan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi. Mendengarkan hal demikian, Aisha, Aida dan tiga temannya meluru mendapatkan sandal mereka. Nasi sudah menjadi bubur. Sah, kasut-kasut mereka hilang!

Aida dan tiga temannya bercerita berkenaan kes kecurian yang dihebohkan oleh datuk dan neneknya. Rashmi memasang angan-angan mahu menjadi detektif bagi membongkar misteri itu. Malah membayangkan pasti seperti dalam filem James Bond dan cerita Sherlock Holmes. Rashmi teruja bercerita berkenaan pekerjaan idamannya. Tidak terkecuali Aida yang turut memasang angan-angan mahu menjadi detektif sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.

Sekiranya Aku Menjadi Detektif