Punk, Penentangan dan Politik Transnationalisme

ebook

By Muhamad Takiyuddin Ismail

cover image of Punk, Penentangan dan Politik Transnationalisme

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Punk seringkali dipandang negatif dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan seperti sampah masyarakat, tidak berguna, tidak berakhlak dan sebagainya. Realitinya, wujud komuniti-komuniti punk lain yang melakukan bermacam-macam aktiviti dengan maksud untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Buku ini cuba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza, iaitu tindakan politik dan aksi langsung yang telah dilakukan oleh komuniti punk seperti Rumah Api di Kuala Lumpur, Malaysia dan Komunitas Taring Babi di Jakarta, Indonesia. Buku ini juga menonjolkan nilai-nilai penentangan, pemberontakan dan kemandirian punk yang boleh dilihat melalui pelbagai prinsip seperti kerja bertukang sendiri (do-it-yourself).

Oleh yang demikian, buku ini berkeyakinan bahawa punk harus dilihat dalam lensa sub-budaya, ketidakakuran, penentangan dan transnasional bagi membolehkan mana-mana individu atau komuniti punk dapat difahami dengan lebih dekat sebagaimana Rumah Api dan Komunitas Taring Babi.

"Kajian tentang perlawanan politik di luar gelanggang rasmi seperti pemilihan umum dan parlimen masih sedikit. Justeru, buku ini menawarkan sebuah penerokaan budaya penentangan yang sungguh menarik. Ia memberikan penjelasan mengenai kedudukan khas seni dalam budaya penentangan tersebut dan keterbatasan dalam budaya tersebut bila berhadapan dengan konsumerisme. Proses ini mencerahkan dinamika budaya, sosial, dan politik yang tidak jelas kelihatan tetapi tetap membawa kepada perubahan masyarakat."

Punk, Penentangan dan Politik Transnationalisme