Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu

ebook

By Salmah Ahmad

cover image of Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

al-Simt al-Majid adalah kitab yang masih berbentuk asal, belum dicetak, karya Shaykh Ahmad al-Qushashi, salah seorang ulama Haramayn dari abad ke-17 Masihi. Manuskrip ini adalah kitab yang menyentuh disiplin ilmu tarekat rohani yang meliputi pelbagai bidang, seperti tafsir, hadith, akidah, syariat, akhlak, tasawuf dan lain-lain. Sungguhpun Shaykh Ahmad Qushsahi belum pernah ke Alam Melayu, namun pemikiran karyanya mewarnai masyarakat Alam Melayu melalui murid-muridnya, Shaykh Adul Rauf Singkel dan Shaykh Yusuf al-Makassari. Pengaruh ini juga tersebar melalui tautan sanadnya dengan para ulama melayu lain, seperti Shaykh Daud al-Fatani, Shaykh Ahmad al-Fatani dan Tok Pulau Manis. Dari sini, Shaykh Ahmad al-Qushashi berjaya mewarnai alam fikiran dan membentuk jati diri masyarakat Alam Melayu semenjak itu sampai ke dewasa ini. Buku ini terdiri sejumlah makalah, dari kumpulan penyelidikan GUP-TKS-08-07-293 dan COE ATMA 10-42-01-005 UKM yang berusaha memperlihat pengaruh al-Smit al-Majid dalam masyarakat Alam Melayu dari pelbagai pendekatan ilmu, seperti sejarah, bahasa, budaya dan ilmu hadith Rasulullah SAW dan lain-lain.SALMAH HAJI AHMAD, PhD, adalah Prof Madya dan Felo Bersekutu di ATMA, UKM. Bidang kepakaran beliau adalah sastera dan manuskrip Arab. MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH, PhD, adalah Prof Madya dan Felo Kanan di ATMA, UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang sejarah pemikirn tokoh dan manuskrip Alam Melayu.

Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu