Keberadaban al-Maudu' dalam Masyarakat Melayu

ebook

By Jawiah Dakir

cover image of Keberadaban al-Maudu' dalam Masyarakat Melayu

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Khidmat kepada sunnah Rasulullah SAW boleh berlaku dalam berbagaibagai cara dan bentuk. Medium lisan dan tulisan merupakan antara carayang dianggap relevan dan efektif. Medium ini mendominasi dalammenyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Melayu, khususnya diMalaysia. Merujuk kepada sunnah atau hadis sebagai sumber hukumsyariat Islam selepas al-Quran, adalah amat penting untuk memastikannilai dan tarafnya ṣaḥiḥ atau setaraf dengannya. Bagaimanapun, kajianmembuktikan bahawa al-mawdū' (hadis palsu) dijadikan sumber hukumdan hujah. Ianya terdapat dalam pelbagai aspek yang menyentuh halakhlak dan sebagainya. Penyebarannya berleluasa sehingga kini dalammasyarakat Melayu, sekalipun para ulama hadis telah memberikan garispanduan dan manhaj terperinci untuk menyaring dan mengenal pastial-mawdū'. Bahkan para ulama hadis daripada kalangan muttaqqidimindan muta'akhirin telah mencurah usaha menyusun banyak kitabkumpulan al-mawdū' yang mana ianya ditolak sebagai hujah. Antaramedium al-mawdū' dalam masyarakat Melayu adalah kitab agamakarangan asli atau terjemahan, ceramah, khutbah Jumaat, kelas formaldan tidak formal, majalah dan sebagainya. Akses kepadanya pula amatmudah, secara terbuka serta bebas. Daripada medium sebaran ini, hasilkajian merumuskan bahawa faktor yang menyebabkan tersebarnyaal-mawdū' adalah pelbagai, antaranya keghairahan mengajak manusiakearah kebaikan, sikap ambil mudah dalam kalangan penukil hadis,kurang merujuk kepada kitab asli himpunan hadis ṣaḥiḥ dan setarafnya,pembelajaran ilmu hadis tidak mendalam dan meluas dalam semuaperingkat masyarakat serta kurangnya terjemahan kitab utama himpunanhadis ṣaḥiḥ untuk dijadikan rujukan. Dalam merespon fenomena inisesuatu usaha ke arah penelitian dan kajian semula taraf hadis yangterdapat dalam sumber dan mediumnya yang pelbagai dalam kalanganmasyarakat Melayu amat perlu dan tidak harus ditunda. Penelitian initermasuklah dari sudut metodologi penukilan hadis dan juga metodologi pemahaman kandungannya sebagai hujah. Pengajian dan pengajaranhadis yang berautoriti; ṣaḥiḥ dan setaraf, perlu diperluaskan dalamkalangan masyarakat secara teratur dan sistematik, khususnya dalampengajian tidak formal di premis agama. Pendedahan yang dapatdipertanggungjawabkan secara ilmiah terhadap wujudnya al-mawdū'perlu diperluaskan sebagai usaha membanteras penyebaran yangberterusan. Keperluan ini disebabkan oleh terdapat kesan negetif terhadapakidah dan syariat umat Islam Melayu. Lebih hebat lagi kesannya apabilaianya dikaitkan dengan golongan yang menolak hadis dengan alasanhadis tidak lagi sesuai pada masa kini dan pelbagai alasan lagi, sedangada antara hadis tersebut adalah al-mawdū' atau setarafnya yang tidakboleh dijadikan hujah dalam sebarang masalah berkaitan Islam.

Keberadaban al-Maudu' dalam Masyarakat Melayu