Barah Sosial dalam Komuniti

ebook

By Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail

cover image of Barah Sosial dalam Komuniti

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Monograf ini membincangkan satu konsep baharu dalam disiplin Pembangunan Komuniti, iaitu "Barah Sosial". Abad ke-21 menunjukkan kecenderungan disiplin ini menumpukan kepada potensi yang sedia ada dalam komuniti untuk dimanfaatkan dalam pembangunan komuniti yang dikenali sebagai "Modal Komuniti". Salah satu bentuk modal komuniti ialah modal sosial yang mana merujuk kepada perhubungan dan interaksi antara kelompok manusia yang berbeza. Ketika melaksanakan kajian ke atas eleman pendayaupayaan ekonomi (economic empowerment) sebuah komuniti di Malaysia, penulis mendapati pendayaupayaan ekonomi komuniti tersebut tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, sedangkan mereka mempunyai potensi yang positif. Realiti tersebut mendorong penulis meneroka lebih mendalam dan akhirnya mendapati modal sosial telah melencong dari fitrahnya. Hasil kajian menggunakan istilah dan konsep baharu dalam menghuraikan faktor-faktor kelencongan modal sosial, iaitu "Barah Sosial". Sifat barah sosial dalam melencongkan fitrah modal sosial berlaku secara sedikit demi sedikit, malahan asas barah sosial adalah dari sifat asas modal sosial itu sendiri, namun ia berlaku pada hala yang negatif. Barah sosial bukan sahaja memberi kesan kepada pendayaupayaan ekonomi komuniti, tetapi juga menyebabkan komuniti mengabaikan potensi komuniti, mengurangkan kesepaduan sosial komuniti, memandulkan penghasilan inovasi sosial, malah menghasilkan komuniti tergantung dan berpotensi untuk 'mematikan' komuniti. Bagi mengatasi masalah dan mengubati barah sosial, monograf ini mencadangkan agar diperkenalkan mekanisme 'sedar diri' kepada ahli komuniti, meningkatkan kapasiti modal sosial sedia ada dan ditingkatkan modal fitrah ahli komuniti berasaskan konsep "tauhidic intellectuality".

Barah Sosial dalam Komuniti