Budaya Pengindustrian Komuniti Desa

ebook

By Muhammad Abi Sofian Abdul Halim

cover image of Budaya Pengindustrian Komuniti Desa

Sign up to save your library

With an OverDrive account, you can save your favorite libraries for at-a-glance information about availability. Find out more about OverDrive accounts.

   Not today
Libby_app_icon.svg

Find this title in Libby, the library reading app by OverDrive.

app-store-button-en.svg play-store-badge-en.svg
LibbyDevices.png

Search for a digital library with this title

Title found at these libraries:

Loading...

Buku Budaya Pengindustrian Komuniti Desa ini membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan proses perancangan dan perlaksanaan dalam budaya perindustrian dalam kalangan komuniti desa di Terengganu. Negeri Terengganu yang mempunyai lapan daerah, dimana setiap desa ada yang menyumbang pengeluaran industri yang berbeza dan tersendiri. Selari dengan matlamat kerajaan negeri dan persekutuan yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera, pembangunan industri desa di Terengganu amat penting di dalam membina sosioekonomi yang baik dan serata kepada semua komuniti. Pada hari ini pembangunan industri desa telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri sebagai mekanisma yang dapat mewujudkan kesejahteraan hidup komuniti tempatan, kestabilan ekonomi dan juga mengekalkan kelestarian alam sekelilingnya. Pelbagai program sosial dan ekonomi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membangunkan industri desa mengikut acuan dan keupayaan komuniiti luar bandar itu sendiri. Sebagaimana di beberapa buah negara lain seperti India, Mexico, Thailand dan Indonesia, Malaysia juga memberi perhatian tehadap keunikan produk desa yang dapat dibangunkan melalui teknologi terkini. Sesungguhnya, pembangunan budaya pengindustrian di kalangan komuniti desa ini dapat meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran industri desa yang sekaligus dapat memacu produk desa ke peringkat global. Akhir kata, buku ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada pengusaha industri desa, pentadbir pembangunan luar bandar, ahli akademik dan juga penyelidik yang ingin meneroka bidang budaya pengindustrian dalam kalangan komuniti desa

Budaya Pengindustrian Komuniti Desa